The Little Suha //

Let's click here !


| MY SUPERB STORY | INTRO MY SELF |
Hey there ! I am Suha !

Welcome HEY , ASSALAMUALAIKUM . WELCOME TO MY SUPER DUPER BLOGGIE ;)BE NICE WITH ME DEAR FELLAS . I LOVE MY SUPERMAN EVER ;)

Hey there ! This is my SUPERMAN !

Welcome HEY , ASSALAMUALAIKUM . THIS IS ASRIEY . HE IS MY SUPERMAN ;) EVER AND EVER ;) PLEASE BE KIND TO ME DEAR <3

Hey there ! Meet my bestie <3

Welcome Hye . this is my super bestie <3 for ever and ever . please don't take them from me ;)

Music is my life <3!




Big Claps

Template:
Aina Syaza
Editor:Your name
Other: WeHeartIt Photobucket
KETAHUI HUBUNG KAIT TARIKH LAHIR DENGAN HAIWAN
ASSALAMUALAIKUM..
hai followers..sori sgt2..da lme suha ta update entry nie...cuti nie pon suha bz jgk..
:: bz mnjadi org gaji ta brtauliah di rumah..hehehe::
ok . STOP kap sal cuti ..
balik semula pada tajuk asal kita okey ?
Biasanya kita suka sangat kaji sifat kita menggunakan tarikh lahir dengan zodiak .
:: biasanya time sekolah dulu memang hobi aku tengok sifat aku tiap2 bulan pakai zodiak ni ,
TAPI JUST FOR FUN okey ::
SO . .
sekarang ni suha nak tengok pulak kaitan tarikh lahir kita dengan HAIWAN

JOM LIHAT HAIWAN KELAHIRAN KAMU :

1 Jan - 9 Jan   : BURUNG
10 Jan - 24 Jan : SIPUT
25 Jan - 31 Jan : LIPAS

1 Feb - 5 feb : CACING
6 Feb - 14 Feb : KATAK
15 Feb - 21 Feb : MEMERANG
22 Feb - 29 Feb : ULAR

1 Mac - 12 Mac : KURA-KURA
13 Mac - 15 Mac : LIPAS
16 Mac - 23 Mac : SIPUT
24 Mac - 31 Mac : CACING

1 April -  3 April : BURUNG
4 April - 14 April : ULAR
15 April - 26 April : SIPUT
27 April - 30 April : MEMERANG

1 Mei - 13 Mei : SIPUT
14 Mei - 21 Mei : KATAK
22 Mei - 31 Mei : LIPAS

1 Jun - 3 Jun : SIPUT
4 Jun - 14 Jun : MEMERANG
15 Jun - 20 Jun : BURUNG
21 Jun - 24 Jun : KURA-KURA
25 Jun - 30 Jun : CACING

1 JUL -  9 JUL : SIPUT
10 JUL -15 JUL : BURUNG
16 JUL - 26 JUL : KATAK
27 JUL - 31 JUL : CACING

1 OGS - 15 OGS : KURA-KURA
16 OGS -25 OGS :SIPUT
26 OGS - 31 OGS :  MEMERANG

1 SEPT -  14 SEPT : KATAK
15 SEPT - 27 SEPT : PARASIT
28 SEPT - 30 SEPT : BURUNG

1 OKT - 15 OKT : KURA-KURA
16 OKT - 26 OKT : MEMERANG
27 OKT - 31 OKT : ULAR

1 NOV - 16 NOV : LIPAS
17 NOV -  30 NOV CACING

1 DIS - 16 DIS : BURUNG
17 DIS - 25 DIS : KURA-KURA
26 DIS - 31 DIS : KATAK

SO ..
JOM KAJI HAIWAN BERKENAAN . . .

Jika kamu seekor burung:
Wah, kamu begitu comel dan manis seperti burung pipit. Tetapi barannya umpama burung helang! Kamu seorang yang setia. Kesetiaan kamu tidak pernah sesekali diragui. Kamu juga seorang yang cukup ringkas dan sederhana. Bagi kamu, kesederhanaan itu amat penting dan biarlah ia menjadi sebahagian daripada diri kamu. Dalam bab bekerja, kamu memang nombor 1! Tiada apa yang dapat menghalang kamu daripada menghabiskan tugasan yang diberi. Selain rajin bekerja, kamu seorang yang cukup merendah diri. Kamu tidak suka membangga diri. Itu adalah punca mengapa ramai teman dan orang sekeliling kamu menyenangi dan menghargai kamu sebagai kawan mereka. Kamu punya cita rasa hebat dalam memilih pakaian, Jika almari kamu tidak dipenuhi dengan fesyen terbaru, hmm, boleh sentap dibuatnya. Kamu popular di kalangan teman-teman dan senang untuk berbicara serta diajak berbincang. Namun, ada sahabat yang tidak menyenangi keperibadian kamu itu. Jadi, sentiasalah berhati-hati dan jangan mudah mempercayai seseorang.

Jika kamu seekor siput:
Oh, kamu si siput ternyata sangat baik hati. Siapa kata si siput ini lambat kerana kamu mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Kamu sangat menyeronokkan sehingga ramai yang gembira apabila berdampingan dengan kamu. Tetapi kamu agak sensitif. Orang di sekeliling kamu harus menyusun ayat terlebih dahulu untuk bercakap dengan kamu kerana kamu si kuat sentap. Kamu sangat aktif dan cekap dalam sebarang pekerjaan yang dilakukan. Kamu seorang yang kuat makan dan suka kepada kedamaian. Tetapi sikap kuat merajuk kamu itu kadang-kadang merimaskan hati orang tersayang. Jangan beri duit yang banyak kepada kamu kerana kamu seorang yang boros. Sila berjimat untuk kegunaan masa hadapan. Kamu sering abaikan kesihatan dan leka dalam pelajaran. Cepat-cepat bersedia untuk berhadapan dengan dunia yang serba mencabar kini!

Jika kamu seekor cacing:
Kamu ternyata seorang yang pemalu. Kamu juga boleh diharap untuk melakukan sesuatu. Sebab itu ramai yang menyenangi sikap kamu. Kamu seorang yang mengikuti perkembangan semasa dan tidak suka duduk terperap. Kamu senang untuk meluahkan kata-kata walaupun agak pemalu namun ia membataskan kamu untuk melontarkan sebarang pendapat. Kamu mudah bertolak-ansur dan cepat sejuk jika marah. Kamu tegas dalam bekerja dan sangat berpegang pada janji. Awas pada sesiapa memungkiri janji apabila sudah berjanji dengan kamu. Kamu sukakan benda yang abstrak dan berjiwa seni. Jangan pandang mereka sebelah mata kerana jiwa kreatif mereka mendapat pujian. Kamu suka pada kanak-kanak dan berhapar dikurniakan anak yang ramai. Jika kamu seorang wanita, ramai yang terpegun dengan kecantikan kamu. Bagi lelaki, mereka yang bernaung di bawah haiwan cacing ini juga segak-segak belaka.

Jika kamu seekor kura-kura:
Oops, ada yang mengutuk kamu si lembab? Pedulikan mereka. Kamu sebenarnya seorang yang aktif! Kamu bersifat pantas dan tidak suka melengah-lengahkan kerja. Kamu seorang yang ringkas dan penuh gaya pesona. Kamu unik, berjiwa kreatif dan ramai yang menyayangi kamu. Kamu selalu menjadi perhatian tidak kira dalam apa jua keadaan pun. Kamu selalu cepat panik dan sering gelisah apabila berhadapan dengan masalah. Relaks kan diri kamu dan cuba bawa bertenang. Kamu selalu mengikut kata hati. Kamu tidak suka mendengar nasihat orang lain dan tidak meminta orang lain memberikan pandangan. Dalam erti kata lain, kamu degil! Kamu ada aura seksi yang tersendiri dan jangan sesekali gunakan ia ke jalan yang salah. Kamu bijak menguruskan kewangan. Sentiasa beringat untuk luangkan masa untuk diri sendiri dan orang tersayang kerana kamu seorang yang kuat bekerja dan rakus mengejar cita-cita.

Jika kamu seekor katak:
Kamu yang bernaung di bawah haiwan katak ini disifatkan sebagai seorang yanghappy go lucky. Kamu suka hidup dalam suasana gembira dan juga akan menggembirakan orang di sekeliling kamu. Kamu terkenal dengan sikap kelakar dan suka berjenaka. Ramai yang pecah perut ketawa apabila bersama kamu. Di sebalik sikap kelakar itu, kamu ada sifat sebagai seorang ketua. Kamu tegas dan tahu bagaimana mengepalai sesuatu kumpulan. Tidak hairanlah mengapa teman-teman selalu jadikan kamu sebagai rujukan. Kamu seorang yang pandai berjimat-cermat dan pandai mengawal keadaan. Kamu bersikap logik dan gemar kepada nombor dan unsure-unsur teknikal. Kamu tidak suka kepada orang yang menipu dan hipokrit. Sesuatu hubungan itu boleh putus jika ada yang menipu kamu. Kamu seorang yang tersusun dengan kerja tetapi agak serabut dan selalu kelam-kabut. Kamu juga senang jatuh cinta. Hah, jangan pula bersikap main kayu tiga apabila kamu mudah jatuh cinta pada orang yang berbuat baik pada kamu.    

Jika kamu seekor lipas:
Oops…pasti ramai yang geli dengan kamu. Tapi, tahukah kamu bahawa personality kamu berbeza dengan si lipas ini. Kamu seorang yang benar-benar penyayang. Kamu cuba untuk mengelak berada dalam situasi yang keruh kerana tidak sukakan kepada pergaduhan. Sikap baik kamu itu perlu dikeraskan sedikit mengikut situasi kerana bimbang akan ada orang yang ambil kesempatan kelak. Kamu juga berkebolehan menjadi orang tengah kerana sikap adil kamu begitu ketara. Kamu juga seorang yang pantas dan tidak suka membuang masa. Tetapi kamu agak pendiam dan tidak suka bergaul. Kamu akan berada dalam lingkungan keluarga dan teman rapat sahaja. Kamu tidak kreatif dan tidak gemar pada suasana yang bising. Cuba luangkan mebih masa bergembira dan hiburkan diri sendiri. Namun jangan cuba cari gaduh dengan kamu kerana kamu boleh menjadi panas baran dengan tiba-tiba.

Jika kamu seekor ular:
Wah, kamu seorang yang misteri. Sikap kamu yang gemar bersendirian itu menjadi buah mulut orang ramai. Tetapi kamu seorang pencinta yang setia dan tidak banyak ragam. Kamu seorang yang bijak dan hebat. Kamu mampu mengawal tekanan dengan baik. Kemahiran berkomunikasi juga bagus Cuma kamu jarang bercampur dengan masyarakat sekeliling. Kamu kadang-kala bersikap suka ubah fikiran di saat-saat akhir. Itu sedikit sebanyak menyusahkan orang ramai apabila ingin berurusan dengan kamu. Kamu seorang yang cool dan tidak cepat panas baran. Kamu berkeyakinan dan sering mendapat perhatian. Apa yang kamu tidak suka, itulah yang kamu akan dapat. Jangan terlalu meninggi diri kerana kamu sedikit sombong. Lidah kamu juga ada masanya tajam sehingga kata-kata kamu boleh memakan diri sendiri.

Jika kamu seekor memerang:
Kamu juga terkenal sebagai seorang yang baik hati. Kamu tidak suka campur dalam hal orang lain apatah lagi mahu mencari fasal. Kamu seorang yang setia berkawan dan peramah. Bibir kamu yang suka tersenyum dan ramah menegur itu menjadi perhatian ramai. Sikap sentiasa berfikiran terbuka kamu harus dipuji. Kamu tidak kisah apa yang orang lain katakan pada kamu kerana kamu sentiasa percaya pada diri sendiri. Orang suka cara kamu sebegitu. Tetapi kamu agak malas dan cuai. Kamu gemar kepada alam semulajadi dan sentiasa bercuti apabila ada kelapangan. Sikap ramah kamu membuatkan kamu senang menyesuaikan diri mengikut keadaan. Opps, kamu seorang yang cemburu buta. Cubalah lebih bersikap penyabar kerana kamu seorang yang tidak sabar. Jika kamu mahukan sesuatu itu, kamu mahukan ia pada masa itu juga. Opps, jangan sampai ada yang makan hati dengan sikap kamu itu ya.


Older Post | Newer Post